Tuesday, July 22, 2008

IKTIBAR PERANG BADAR KEPADA DAI'E

Perancangan manusia berdepan dengan perancangan tuhan.
- Perancangan awal Rasulullah adalah untuk menyekat kumpulan perniagaan Abu Sufyan bin Harb yang dalam perjalanan balik ke Makkah dari Syam untuk merampas harta mereka sebagai ganti kepada harta kaum muslimin Makkah yang dirampas oleh musyrikin setelah penghijrahan muslimin ke Madinah.
Tidak semua perancangan yangkita rancangkan dapat dipraktikkan meskipaun perancangan itu sempurna disisi kita. Ini kerana Allah maha mengetahui akan segalanya dan perancangannya adlah perancangan terbaik. Tapi kita sebagai petuga-petugas Allah tidak boleh hanya menunggu ketentuan Allah tanpa merancangkan apa-apa gerak kerja kearah meninggikan SyariatNya.
Syura dalam setiap gerak
- Nabi S.A.W telah meminta pandangan dari kaum MUhajirin serta kaum Ansar. Sehingga mendapat persetujuan dari kedua pihak, maka Nabi S.A.W meneruskan ag kerjaenda baru mereka, Jihad menentang tentera Musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal bin Hisham.
Minda Aqidah melangkaui logik akal.
- Logik akal sekali-kali tidak akan mengakui bahawa 313 orang tentera muslimin mampu menewaskan musuh dari kuffar Quraisy yang jumlah 1000 orang. Samalah keadaanya di Negara kita yang mana kalau hendak di bandingkan dengan tentera ‘musuh’, amat mustahil tentera muslimin mampu mencapai kemenangan.
Tapi ini telah terbukti melalui peristiwa bersejarah di zaman Rasulullah di mana tentera Muslimin yang kebanyakkannya bersenjatakan pelepah tamar berjaya menewaskan Tentera kuffar yang lengkap bersenjata perang malah menerima bantuan dari kerajaan Makkah pimpinan Abu Jahal Ibn Hisyam.Manakala di zaman kita, kemenangan tanpa diduga parti Hamas ke atas Parti Fattah yang mendapat tajaan dari Amerika. Begitu juga dalam masa terdekat baru-baru ini di mana parti AKP pimpinan Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menterinya, Recep Tayyib Erdogan memenangi majoriti besar ke atas parti sekular dalam pilihanraya Turki seterusnya mendapat mandat untuk memerintah beradsarkan Al-Quran dan Sunnah.
Manakala di Negara jiran, Indonesia, Parti PKS juga telah mendapat Nusratullah itu. Masyarakat Negara kita tidak perlu takut untuk berhadapan dengan kerajaan yang menjadi PEMBANGKANG syariat Allah. Janji Allah untuk memenangkan pejuangnya pasti datang akhirnya. Tugas kita sebagai Muharrikin hanya perlu istiqamah memperjuangkan kebenaran.
Pensucian dosa: persiapan wajib setiap jundi.
- Sebelum mara ke medan Badar, Rasulullah memohon maaf dari semua sahabat sehinggakan Baginda meminta kepada sesiapa yang tidak berpuas hati kepada baginda untuk membalas perbuatannya disitu juga. Lalu bangun sorang sahabat yang penah dipukul baginda menuju kearahnya. Baginda lantas menyelak perut dan bersedia dengan balasan yang akn diberi oleh sahabat tersebut. Namum apa yang terjadi ialah, sahabat itu meluru lantas mencium perut baginda Rasulullah.
Peristiwa sama berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Ketika mana beliau ingin mengutuskan beberapa orang sahabat untuk berperang, beliau berpesan dalam khutbahnya yang berbunyai, “ sesungguhnya aku lebih takut akan dosa yang kamu lakukan dari kekuatan musuh”. Ini membayangkan kepada kita bahwa ‘tazkiyyatul nafsi’ amatlah penting kerana dengan ketiadaannya akan menyebabkan kerja-kerja dakwah bakal tergendalan dan jauh dari rahmat Allah yang menjadi faktor utama kejayaan kepada gerakan dakwah islamiyyah seluruh dunia.
Strategi dalam setiap gerak kerja.
- Al-Habbab ibn Al-Munzir mencadangkan kepada Rasulullah supaya di carikan tempat yang mempunyai sumber air di lokasi yang terdekat dengan kawasan pertahanan tentera musuh sebagai tempat pertahanan kaum muslimin. Ini supaya musuh akan mengalami kekurangan air semasa peperangan kerana semua sumber air berada di pihak Islam.
Ini seharusnya dipandang berat oleh para pejuang islam yang leka berjuang sehingga melupakan langkah dan strategi yang patut dipraktikkan demi memudahkan perjalanan gerak kerja jamaah dan dakwah. Seperti mana kisah yang boleh diambil iktibar dari cerita si penebang pokok yang jumlah pokok yang ditebangnya semakin berkurangan saban hari disebabkan beliau terlupa untuk mengasah kapaknya. Pejuang islam sepatutnya tidak sebodoh itu. Mereka sewajibnya mempunyai perancangan rapi dan strategi yang ampuh untuk berdepan dengan musuh islam yang sanggup mengadaptasikan apa sahaja perkara asalkan kemenangan menjadi milik mereka.
Ketenangan kunci kejayaan.
- Malam sebelum peperangan, semua tentera islam tidur nyenyak dalam keadaan yang penuh ketenangan sehingga bermimpi basah. Manakala selepas itu hujan turun sehingga membolehkan para sahabat mandi. Kata Nabi S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud, “ terkejar-kejar dan gopoh-gapah itu dari Syaitan manakala ketenangan dan beransur-ansur itu dari (gerak-geri) tuhan Ar-Rahman”.
Dalam mempraktikkan gerak kerja dakwah, kita tidak boleh bergopoh dan ingin cepat mendapat hasil. Ianya perlu melalui tahap-tahap tertentu untuk mematangkan keadaan. Bekerja dalam jamaah semestinya memerlukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu akan menerbitkan idea-idea bernas yang diperlukan setiap masa di dalam jamaah. Contoh mudahnya kita ambil, andainya seseorang itu dalam keadaan tergopoh-gopoh bersiap untuk perjalanan yang jauh, ia sudah tentu akan tertinggal sesuatu yang sepatutnya dibawa.
Doa senjata mu’min.
- Baginda nabi bermunajat berdoa kepada Allah sebelum mara ke medan Badar, “ya Allah, seandainya engkau hancurkan tentera ini, nescaya kau tidak akan di sembah selamanya.Sebagai seorang Muharrikin, doa sepatutnya menjadi ulam wajib sebagai satu sumber makanan rohani yang mampu mencetuskan satu perasaan pergantungan yang tinggi kepada Sang Pencipta. Pergantungan ini pula haruslah disertai dengan keyakinan bahawa pertolongan itu pasti mendatangi kita. Keadaan ini akan member satu motivasi unggul kepada seluruh para mujahidin yang berjuang dijalan Allah.
sumber dari ihsanhusaini.blogspot.com