Monday, August 4, 2008

KEDUDUKAN SOLAT DALAM SYARIAT ISLAM -1


1. Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan.

Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan kepada Nabi Muhammad SAW. Keutamaan sembahyang fardhu jelas terserlah apabila ianya difardhukan secara terus dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra’ dan mikraj. Sabda Nabi SAW;

فرضت على النبى صلى الله عليه وسلم ليلة أسرى به الصلوات خمسين,ثم نقصت حتى خعبت خمسا,ثم نودى يا محمد أنه لا يبدل القول لدى وأن لك بهزه الخمس خمسين
Maksudnya: Difardhukan kepada Nabi SAW pada malam Isra’ dan Mikraj sembahyang sebanyak lima puluh rakaat, kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima kali (sehari). Kemudian diseur oleh Allah “Wahai Muhammad, sesungguhnya ketetapanku ini tidak akan diubah dan bagimu dengan sembahyang lima kali (sehari)akan mendapatkan pahala sebanyak 50 kali

2. Sembahyang adalah asas kepada Islam.

Nabi SAW pernah ditanya tentang islam, beliau menjawab:
بنى الإسلام على خمس شهادة ان لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأقام الصلاة
وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع إليه سبيلا
Maksudnya: Ditegakkan islam itu diatas lima perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mampu untuk mengerjakannya.

Jelas kepada kita bahawa adalah merupakan salah satu unsur yang terpenting dalam islam, tanpanya maka tiadalah islam.Sebagaimana Sabda Nabi SAW:
الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها
فقد هدم الدين
Maksudnya: Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang menunaikannya, sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya (sembahyang)sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.

3. Sembahyang adalah kewajipan agama.

Firman Allah SWT:
إن الصلوة كانت على المؤمنين كتبا موقوتا
Maksudnya:Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.(An-Nisa’ 103)

Firman Allah SWT beserta dalil-dalil diatas menunjukkan tentang kedudukan solat didalam syariat islam, ia adalah suatu ibadah yang fardhu lagi wajib dan tidak boleh ditinggalkan atau diremeh-remehkan.