Tuesday, October 20, 2009

PENYELEWENGAN DI DALAM DAKWAH DAN JIHAD

Kita telah ditarbiyyah oleh naqib-naqib didalam program usrah, mukhayyam dan ijtima’ bahawa parti kita (PAS) adalah sebuah parti gerakan politik dan dakwah.Dakwah yang betul ialah dakwah yang mempunyai hubungan dengan jihad serta yang berkait dengannya. Disana adanya penyelewengan-penyelewengan yang berlaku kerana tidak mengikut jalan dakwah yang sebenar.Ustaz Mustafa Masyhur telah menyebut didalam kitabnya “Toriqud Dakwah bainal Asolah Wal Inhiraf” .

1. Tidak memberi keutamaan selayaknya kepada jihad atau bersemberono dalam membuat persediaan jihad, iaitu dengan memberi separuh usaha sahaja padahal ia mampu mengorbankan usaha dan tenaga yang lebih besar dan lebih banyak.

2. Cuai dan lalai yang menjadikan seseorang itu merasa berat untuk berjihad.Ianya juga dikira sebagai penyelewengan dari landasan yang asal.Sedangkan Allah SWT telah memberi amaran kepada orang-orang yang berat hatinya untuk berjihad dengan dijanjikan azab yang pedih.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 38-39 bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu apabila dikatakan kepada kamu “pergilah beramai-ramai (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa keberatan dan (suka tinggal menikmati kesenangan) ditempat (masing2).Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia berbanding akhirat? (kesukaan kamu itu salah)kerana kesenangan hidup didunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) diakhirat kelak.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah dan membela agamanya) , (Allah) akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperisakitnya dan ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan mudarat sedikit pun kepadanya dan ingatlah Allah amat berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu."


3. Mengundur diri dari berkorban dan menyerahkan jiwa raga serta harta benda pada jalan Allah adalah menyeleweng dari landasan yang asal.

4. Sebarang perubahan niat jihad untuk menegakkan kalimah Allah kepada niat-niat lain dikira sebagai menyeleweng.

5. Tidak mematuhi peraturan-peraturan perang dan kefahaman jihad mengikut islam seperti membunuh kanak-kanak,wanita dan orang tua, penipuan dalam harta rampasan perang dikira sebagai menyeleweng.

6. Terburu-buru dalam menggunakan kekuatan senjata dan menghadapi musuh sebelum masanya yang sesuai tanpa membuat persiapan yang diperlukan adalah menyeleweng dan terdedah kepada berbagai-bagai bahaya.

Apa yang saya nak tekankan ialah dalam perkara 5 dan 6 bahawa lingkungan perjalanan dakwah dan jihad kita mestilah selari dengan Al-quran dan sunnah dan kita percaya pimpinan tertinggi kita dari pelbagai peringkat telah larut dengan perkara ini, maka tugas kita ialah taat dan setia terhadap arahan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan selagi tidak bercanggah dengan al-quran dan hadith.

Pengikut atau pendokong parti diperingkat bawahan juga tidak boleh terburu-buru untuk mengambil sesuatu tindakan dan mengeluarkan kenyataan, ianya perlu diserahkan kepada pimpinan tertinggi bagi mengelak api fitnah yang akan dinyalakan oleh pihak musuh.

Sunday, September 6, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 4)

Soalan 36:

Adakah sah puasa kanak-kanak?

Jawapan:
Puasanya sah walaupun ia tidak diwajibkan kepadanya.

Soalan 37:
Seorang yang bergurau dengan isterinya sehingga terkeluar mazi, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Fatwa Saudi / A.Halim Mahmud)

Soalan 38:
Apakah hokum merasa makanan dengan lidah kemudian meludahnya semula?

Jawapan:
Tidak mengapa dan tidak batal puasa. (Ibnu Othaimin)



ZAKAT FITRAH.

Soalan 39:ber
Seseorang yang mula berpuasa di satu Negara kemudian dia menyambut hari raya di Negara yang lain, adakah dia mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Negara yang pertama atau kedua?

Jawapan:
Dia hendaklah mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan Negara dia berada ketika menyambut Syawal. (Qaradhawi)

Soalan 40;
Adakah harus menyegerakan bayar zakat fitrah sebelum berakhirnya Ramadhan?

Jawapan:
Harus didahulukannya bermula dari awal Ramadhan menurut Mazhab Hanafi dan Syafei, atau satu atau dua hari sebelum hari raya menurut mazhab Maliki dan Hanbali (wahbah)

Soalan 41:
Adakah kadar zakat fitrah berubah pada setiap tahun?

Jawapan:
Sebenarnya kadar zakat fitrah tidak ada perubahan iaitu satu gantang makanan asasi, Yang berubah hanyalah nilai bagi satu gantang tersebut. (Qaradhawi)

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 3)

Soalan 26:

Adakah mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa, tetapi ia haram dan mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa tersebut. (wahbah)

Soalan 27:
Adakah boleh menyejukkan badan seperti berendam di dalam air ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 28:
Adakah sah puasa Ramadhan bagi orang yang terlupa berniat di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah. (Athiyyah)

Soalan 29:
Adakah menderma darah atau menerima darah membatalkan puasa?

Jawapan:
Kedua-duanya tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 30:
Adakah tidur yang banyak ketika berpuasa membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa tersebut?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya dan tidak mengurangkan pahala tersebut. (Athiyyah)

Soalan 31;
Bolehkah mencium isteri ketika berpuasa?

Jawapan:
Dibolehkan perbuatan tersebut (makruh) dan tidak membatalkan puasa, kerana Nabi SAW melakukannya (Athiyyah /Ali / Sya'rawi)

Soalan 32:
Adakah menelan air liur yang terkumpul membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya. (Athiyyah /Buthi)

Soalan 33:
Adakah menelan kahak membatalkan puasa?

Jawapan:
Jika ia telah sampai ke dalam mulut batallah puasanya menurut mazhab Syafei, tetapi setengah ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa selagi ia belum melepasi bibir (Athiyyah / Buthi)

Soalan 34:
Adakah bermimpi sehingga terkeluar mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa kerana orang yang tidur diangkat qalamnya. (Ali /Sya'rawi /Buthi)

Soalan 35:
Adakah mengeluarkan mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ya. Ia membatalkan puasa. (Buthi)

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 2)

SAH ATAU BATAL PUASA.



Soalan 9:
Bagaimana keadaan seorang yang menyangka subuh belum masuk lagi lalu dia makan atau minum, begitu juga orang yang menyangka matahari telah terbenam lalu dia berbuka?

Jawapan:
Tidak sah puasa tersebut dan wajib qadha, tetapi tidaklah ia berdosa dan dia juga perlu menahan diri dari makan dan minum pada hari tersebut sehingga terbenam matahari. (Athiyyah /wahbah / Jadulhaq)

Soalan 10:
Adakah batal puasa orang yang makan atau minum dalam keadaan terlupa?

Jawapan:
Sepakat ulama menyatakan tidak batal, berdasarkan hadis yang cukup jelas. (Athiyyah /Ali /Sya'rawi)

Soalan 11:
Adakah batal puasa apabila tertelan sesuatu kerana paksaan atau dengan tidak sengaja?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Buthi)

Soalan12:
Adakah suntikan di kulit membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Qaradawi / Athiyyah /Ali / Zarqa /Sya'rawi)

Soalan 13:
Adakah suntikan glukos membatalkan puasa?

Jawapan:
Ulama semasa berselisih pendapat tentang perkara ini ada yang menghukumnya batal (seperti Al-Qaradhawi, Dr Wahbah, Syiekh Athiyyah Saqr) kerana ia mempunyai makna makanan dan sebahagiannya menghukum tidak batal puasa kerana ia tidak melalui anggota yang terbuka dan tidak sampai ke perut. (Qaradhawi /Wahbah / Athiyyah)

Soalan 14:
Adakah menitiskan ubat ke telinga membatalkan puasa?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama , ada yang menghukumnya batal puasa dan ada yang menyatakan tidak batal puasa kerana ia bukanlah berbentuk makanan. Pendapat kedua inilah yang diputuskan oleh Mujamma' Feqh Islamy (kesatuan feqah sedunia) (Qaradhawi / Wahbah)

Soalan 15:
Adakah penggunaan inhaler bagi pesakit lelah membatalkan puasa?

Jawapan;
Ya, ia membatalkan puasa. (Athiyyah /Ali)

Soalan 16:
Apakah hokum bersugi ketika berpuasa?

Jawapan:
Jumhur ulama menyatakan tidaklah makruh bersugi sepanjang waktu berpuasa, tetapi mazhab syafei menyatakan makruh bersugi selepas gelincirnya matahari (waktu zohor). (Athiyyah)

Soalan 17:
Adakah menggunakan ubat gigi ketika bersugi membatalkan puasa?

Jawapan:
Menggunakan ubat gigi diharuskan tetapi seeloknya ditangguhkan penggunaannya selepas berbuka. (Wahbah / Qaradawi /Ali)


Soalan 18 :
Apakah hukum memakai bauan ketika puasa?

Jawapan :
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa menurut fatwa Dr Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah dan makruh menurut fatwa Dr Wahbah Zuhaily kerana puasa seperti haji yang menuntut kita meninggalkan 'tahsiniyyat'. (Qaradawi/ Wahbah /Ali / A.Halim Mahmud)

Soalan 19 .
Apakah hokum memasukkan ubat melalui kemaluan?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama:
Tidak membatalkan puasa menurut Dr Yusof Qaradawi, Ibnu Hazm, ibnu Taimiyyah dan inilah pendapat yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh) (Wahbah / Qaradhawi / Athiyyah)
2) Ia membatalkan puasa kerana melalui rongga yang terbuka, ini pendapat muktamad dalam mazhab Syafei

Soalan 20:
Sahkah puasa orang yg meninggalkan solat?

Jawapan: Jumhur ulama (syafei, maliki, hanafi dan satu riwayat dari Imam Ahmad) menyatakan bahawa puasanya sah tetapi ia tidak diterima oleh Allah dan berdosa besar kerana menimggalkan solat, tetapi segelintir ulama menghukum orang yang meninggalkan solat sebagai kafir dan tidak lagi diterima sebarang amalannya. (Qaradhawi /Wahbah /Ali / Athiyyah / Sya'rawi / Abd Halim Mahmud)

Soalan 21:
Apakah hokum menonton televisyen ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya berdasarkan rancangan yang ditonton, jika ia mempunyai unsur yang baik tidak mengapa, sebaliknya jika adanya unsur maksiat ia menjadi haram dan mengurangkan pahala puasa. (Qaradhawi / Athiyyah /Ali)

Soalan 22:
Sahkah puasa orang yg berjunub setelah masuknya subuh?

Jawapan:
Sah puasa tersebut tetapi makruh, kerana Nabi SAW pernah ketika masuknya subuh beliau dalam keadaan berjunub. (Athiyyah /Wahbah /Ali / Buthi)

Soalan 23:
Adakah mengorek hidung dengan jari membatalkan puasa?

Jawapan:
Bahagian yang zahir dari hidung, mulut dan telinga tidak meenyebabkan batalnya puasa jika memasukkah jari ke dalamnya (Wahbah)

Soalan 24:
Adakah harus penggunaan pil untuk menangguhkan haid di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Tidak mengapa menggunakan pil tersebut jika disahkan tidak mendatangkan mudharat, dan sah puasanya jika haidnya tidak keluar pada hari tersebut, walau bagaimanapun adalah lebih baik tidak menggunakannya kerana ia adalah fitrah semulajadi seorang wanita. (Athiyyah /Ali)

Soalan 25:
Adakah mencabut gigi diharuskan ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak menelan ubat atau darah yang keluar tersebut. (Wahbah)

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 1)


PENDAHULUAN.

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan SAW, para sahabat dan pendokong Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah saya dapat menyusun satu risalah kecil berkaitan fatwa-fatwa ulama berkaitan puasa, ini bertujuan untuk memudahkan masyakakat meemahami puasa menurut pemahaman yang sebenar.
Di dalam risalah kecil ini saya hanya meringkaskan hukum yang telah difatwakah oleh ulama' ulama muktabar di dalam kitab-kitab fatwanya, tanpa menukilkan dalil-dalil mereka, ini bertujuan memudahkan orang awam dan mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengetahui hukumnya. Adapun bagi mereka yang inginkan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan dalil dan hujjahnya mereka bolehlah merujuk kepada kitab-kitab yang saya nyatakan dalam setiap masalah yang dibentangkan.
Di sini saya senaraikan tokoh-tokoh ulama yang menjadi rujukan di dalam risalah ini:
1. Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaili (Mantan ketua Jabatan Feqh U.Damsyiq dan anggota mujamma' feqh sedunia)
2. Syaikhuna Prof Dr Said Ramadhan Al-Buthi (Mantan ketua Jabatan Aqidah dan falsafah U.Damsyiq)
3. Al-Marhum Syeikh Abdul Halim mahmud (Mantan Syeikh Al-Azhar)
4. Al-Marhum Syeikh Jadulhaq Ali Jadulhaq (Mantan Syeikh Al-Azhar)
5. Al-Marhum Syeikh Mutawally Sya'rawi (Ulama tersohor di Mesir)
6. Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan ketua lajnah fatwa Al-Azhar)
7. Prof Dr Yusof Al-qaradhawi (Ketua persatuan ulama sedunia)
8. Al-Marhum Syeikh Mustafa Zarqa (Anggota Mujamma' Feqh Sedunia)
9. Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir)
10. Lajnah fatwa Arab Saudi
11. dll
Mudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membantu kita dalam mengamalkan syariat dengan cara yang terbaik. Sekian.

Ust Khairul Ismail Al-Muqry
Darul Fikri

PENGSYARIATAN PUASA

Soalan 1:
Bilakah disyariatkan puasa Ramadhan?

Jawapan :
Di syariatkan puasa pada tahun ke dua hijrah. (Athiyyah)

Soalan 2;
Apakah hikmah disyariatkan puasa?

Jawapan:
Di antaranya ialah mendahulukan keredhaan Allah dari hawa nafsu, dapat mengawal nafsu dan juga dapat menjiwai apa yang dirasai oleh golongan faqir miskin. (Athiyyah)

Soalan 3:
Bagaimanakah puasa ummat terdahulu?

Jawapan:
Mereka diwajibkan berpuasa, tetapi Al-Quran dan hadis tidak menyatakan kaifiyyat yang tertentu dan bilakah mereka berpuasa. (Athiyyah)


RAMADHAN.

Soalan 4:
Adakah Ramadhan merupakan salah satu nama Allah?

Jawapan:
Pendapat yang sahih menyatakan ia bukannya nama Allah. (Athiyyah)

Soalan 5:
Apakah hokum memasang pelita di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asal hukumnya adalah harus kerana tidak ada dalil yang melarangnya. (Athiyyah)

Soalan 6:
Apakah hokum mengucap tahniah sempena menyambut Ramadhan?

Jawapan:
Hukumnya harus, dan ia merupakan satu kebajikan. (Ibnu Jabrin)




MASALAH RUKYAH DAN FALAK

Soalan 7:
Adakah harus berpandukan falak dalam menentukan awal bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asas dalam perkara ini ialah 'rukyah bashoriyyah' (melihat anak bulan dengan pandangan mata), tetapi tidak mengapa kita menggunakan hisab-hisab ilmu falak seperti yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh Islami). (Ali /Athiyyah /Zarqa)

Soalan 8:
Adakah kita diwajibkan berpuasa berdasarkan 'rukyah' (melihat anak bulan) di Negara lain?

Jawapan:
Tidak boleh berpandukan Negara lain yang berbeza 'matholi' dengan Negara tempat dia berada. (Ali / Buthi)