Sunday, September 6, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 1)


PENDAHULUAN.

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan SAW, para sahabat dan pendokong Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah saya dapat menyusun satu risalah kecil berkaitan fatwa-fatwa ulama berkaitan puasa, ini bertujuan untuk memudahkan masyakakat meemahami puasa menurut pemahaman yang sebenar.
Di dalam risalah kecil ini saya hanya meringkaskan hukum yang telah difatwakah oleh ulama' ulama muktabar di dalam kitab-kitab fatwanya, tanpa menukilkan dalil-dalil mereka, ini bertujuan memudahkan orang awam dan mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengetahui hukumnya. Adapun bagi mereka yang inginkan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan dalil dan hujjahnya mereka bolehlah merujuk kepada kitab-kitab yang saya nyatakan dalam setiap masalah yang dibentangkan.
Di sini saya senaraikan tokoh-tokoh ulama yang menjadi rujukan di dalam risalah ini:
1. Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaili (Mantan ketua Jabatan Feqh U.Damsyiq dan anggota mujamma' feqh sedunia)
2. Syaikhuna Prof Dr Said Ramadhan Al-Buthi (Mantan ketua Jabatan Aqidah dan falsafah U.Damsyiq)
3. Al-Marhum Syeikh Abdul Halim mahmud (Mantan Syeikh Al-Azhar)
4. Al-Marhum Syeikh Jadulhaq Ali Jadulhaq (Mantan Syeikh Al-Azhar)
5. Al-Marhum Syeikh Mutawally Sya'rawi (Ulama tersohor di Mesir)
6. Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan ketua lajnah fatwa Al-Azhar)
7. Prof Dr Yusof Al-qaradhawi (Ketua persatuan ulama sedunia)
8. Al-Marhum Syeikh Mustafa Zarqa (Anggota Mujamma' Feqh Sedunia)
9. Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir)
10. Lajnah fatwa Arab Saudi
11. dll
Mudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membantu kita dalam mengamalkan syariat dengan cara yang terbaik. Sekian.

Ust Khairul Ismail Al-Muqry
Darul Fikri

PENGSYARIATAN PUASA

Soalan 1:
Bilakah disyariatkan puasa Ramadhan?

Jawapan :
Di syariatkan puasa pada tahun ke dua hijrah. (Athiyyah)

Soalan 2;
Apakah hikmah disyariatkan puasa?

Jawapan:
Di antaranya ialah mendahulukan keredhaan Allah dari hawa nafsu, dapat mengawal nafsu dan juga dapat menjiwai apa yang dirasai oleh golongan faqir miskin. (Athiyyah)

Soalan 3:
Bagaimanakah puasa ummat terdahulu?

Jawapan:
Mereka diwajibkan berpuasa, tetapi Al-Quran dan hadis tidak menyatakan kaifiyyat yang tertentu dan bilakah mereka berpuasa. (Athiyyah)


RAMADHAN.

Soalan 4:
Adakah Ramadhan merupakan salah satu nama Allah?

Jawapan:
Pendapat yang sahih menyatakan ia bukannya nama Allah. (Athiyyah)

Soalan 5:
Apakah hokum memasang pelita di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asal hukumnya adalah harus kerana tidak ada dalil yang melarangnya. (Athiyyah)

Soalan 6:
Apakah hokum mengucap tahniah sempena menyambut Ramadhan?

Jawapan:
Hukumnya harus, dan ia merupakan satu kebajikan. (Ibnu Jabrin)




MASALAH RUKYAH DAN FALAK

Soalan 7:
Adakah harus berpandukan falak dalam menentukan awal bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asas dalam perkara ini ialah 'rukyah bashoriyyah' (melihat anak bulan dengan pandangan mata), tetapi tidak mengapa kita menggunakan hisab-hisab ilmu falak seperti yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh Islami). (Ali /Athiyyah /Zarqa)

Soalan 8:
Adakah kita diwajibkan berpuasa berdasarkan 'rukyah' (melihat anak bulan) di Negara lain?

Jawapan:
Tidak boleh berpandukan Negara lain yang berbeza 'matholi' dengan Negara tempat dia berada. (Ali / Buthi)

No comments: